Selasa, 29 April 2014

****KULIAH PETANG****


Salam 1 Malaysia

Ok kali nie kite tazkirah la ckit....asyik cite masak memasak je boring jgk kan...saya nak share tentang "hormat menghormati" hanya utk mengingati diri sendiri...dalam hidup kite perlu saling mengingati antara satu same lain...dalam keadaan Malaysia sekarang mesti ramai yang sedar sikap saling menghormati semakin hilang di dalam diri masing..anak2 semakin lupe pada ibu bapa, murid sekolah semakin liar & tidak menghormati guru, yang muda tidak hormat orang yang lebih tua, yang kaya tidak membantu yang miskin & sebagainya...banyak media sosial memparkan berita2 tentang hilangnya sifat hormat menghormati sesama manusia sehingga membawa kepada pelbagai jenayah dan masalah terutamanya di kalangan remaja....sy ingin berkongsi sedikit info tentang sikap hormat menghormati utk kite same2 jadikan iktibar....renung2kan smpai termenung...buang yang keruh ambil yang jernih....





Hormat-Menghormati

Istilah "hormat" membawa maksud pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan dan berhemah kepadanya.

Ciri2
  • Bekerjasama tanpa mengira mengira kaum, agama, darjat, harta dan pangkat 
  • Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain 
  • Menghargai budi, jasa, pendapat dan kebolehan orang lain

Cara Amalkan
  • Tidak memperkecilkan/merendah-rendahkan kebolehan orang lain 
  • Mewujudkan persefahaman dan kerjasama 
  • Melatih dari supaya berkelakuan sopan 
  • Menyedari hidup dilingkumi undang-undang 
  • Melatih diri supaya tidak emosional 

Hormat dan taat kepada ibu bapa

Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa

Cara amalkan
  • Menolong ibu bapa 
  • Bercakap dengan sopan 
  • Tidak melawan cakap 
  • Berhemah tinggi dan berperibadi mulia semasa berkomunikasi 
  • Menghargai dan menyanjungi 
  • Mengenang jasa dan pengorbanan 
  • Meminta pandangan

Hormat dan taat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan,jiran tetangga dan pemimpin.

Menunjukkan rasa hormat kepada dolongan tersebut dengan memberi layanan yang baik

Ciri2
  • Ikhlas dan tidak mengharapkan balasan 
  • Menghormati orang tua tanpa mengira keturunan,pangkat, kedudukan dan harta 
  • Tidak menyinggung perasaan ibu bapa 
  • Menerima nasihat dan tunjuk ajar

Cara Amalkan

  • Menjaga pertuturan 
  • Memberi penghormatan kepada pemimpin 
  • Sentiasa memberi senyuman, bertanya khabar, atau ucap selamat 
  • Berkelakuan baik dan bersopan 
  • Tidak mementingkan diri 
  • Tidak syak wasangka 
  • Membantu jiran jika perlukan pertolongan 

Hormat kepada Raja & Negara

Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan

Ciri2
  • Mempunyai perasaan taat setia 
  • Mengetahui perkembangan dalam pentadbiran negara 
  • Mengharumkan nama negara 
  • Mendukung dan mengamalkan prinsip rukun negara 
  • Sanggup berkorban jiwa dan harta benda 
  • Tidak mengeluarkan tomahan,ancaman dan kata-kata yg mengugat keamanan

Cara amalkan

  • Sedia berusaha dan sanggup berjuang mempertahankan tanah air 
  • Menyangjung tinggi pemerintah dan pemimpin 
  • Bekerjasama memajukan negara 
  • Bangga jadi rakyat dan berdira tegak ketika Negaraku dinyanyikan

Hormat kepada Hak Asasi

Menghormati hak dan keperluan asasi seseorang individu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia

Ciri2 
  • Seseorang berhak melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar undang  negara 
  • Setiap individu mempunyai hak berucap, mengeluarkan fikiran berkumpul, beragama, berpendidikan, mengundi, berpesatuan dan berpolitik 
  • Mempunyai perasaan untuk menjalin kerjasama dan persefahaman 
  • Menghormati hak diri dan orang lain 
  • Bersikap terbuka tanpa melampau Menerima pendapat serta teguran orang lain secara ikhlas 
  • Sanggup menerima hukuman

Cara Amalkan
  • Meminta kebenaran sebelum mengambil barang orang lain
  • Tidak ganggu kawan ketika belajar 
  • Menghormati kebudayaan orang lain 
  • Tidak mententuh soal peribadi 
  • Menggunakan kemudahan awam bersama-sama 
  • Berhati-hati dalam pertuturan 
  • Menghapuskan diskriminasi jantina,agama dan bangsa 

Hormat kepada Kepercayaan dan Adat Resam pelbagai Keturunan

Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia

Ciri2
  • Amalkan adat resam dan kebudayaan sendiri 
  • Tidak mengejek, mengutuk, menghina adat dan kepercayaan orang lain 
  • Bebas mengamalkan adat dengan tidak melanggar peraturan

Hormat kepada keperibadian individu

Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu, terutama golongan yang kurang bernasib baik

Ciri2
  • Hormat kepada sifat fizikal, bakat, potensi dan fikiran 
  • Menjaga perasaan orang lain 
  • Menghormati golongan yang kurang bernasib baik 
  • Tidak memandang rendah orang lain 
  • Mempertimbangkan pendapat orang lain

Patuh kepada undang-undang

Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah di tentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang berada

Ciri2
  • Memahami pentingnya undang-undang 
  • menerima hukuman setimpal 
  • berhati-hati dalam tindakan supaya tidak melanggar undang-undang 
  • mengetahui hak sendiri 

Patuh kepada ketepatan masa.

Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah

Ciri2
  • Menepati janji 
  • Mengurus masa 
  • Bahagi dan suna masa sepenuhnya 
  • Guna jadual waktu 
  • Tidak berlengah-lengah siapkan kerja 
  • Tidak menangguh kerja

Menghargai kebijaksanaan,pengalaman dan jasa

Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu lapangan

Ciri2
  • Menghargai jasa pekerja yang beri khidmat, ilmu dan tenaga
  • Menghargai pengorbanan ibu bapa 
  • Memberi penghormatan kepada tokoh-tokoh 

Menghargai Tenaga Pekerja

Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja

Cara Amalkan
  • Hari pekerja 
  • KWSP 
  • Bonus, ganjaran & insentif

Menghargai maruah diri

Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan

Ciri2
  • Mengamalkan sifat-sifat murni seperti baik hati, bercakap benar, berhemah tinggi 
  • Tidak merosakkan nama baik sendiri 
  • Menjaga perbuatan, tingkahlaku dan pertuturan
  • Berpakaian secara sopan





Tiada ulasan:

Catat Ulasan