Rabu, 30 April 2014

ANUGERAH TERINDAH...KELUARGA TERCINTA..






ANUGERAH TERINDAH....KELUARGAKU TERCINTA...

Aku merupakan anak ke 8 dalam 10 orang adik beradik....name mak Zakiyah Bt Taib & name abahku Rosadi Bin Nordin...aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang aman damai dan saling menyayangi...keluargaku hidup dalam keadaan sederhana...mak abah hanyalah seorang penoreh getah...tetapi mereka mampu membesarkan 10 orang anak...terharu sgt dengan pengorbanan mak abah...pengorbanan mereka membesarkan kami adik beradik tidak ternilai dan tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit...walaupun mereka sendiri mengikat perut tetapi tidak sekalipon mereka membiarkan kami semua kelaparan...bg mereka yang penting adalah kebahagiaan anak2...syukur kepadamu YA ALLAH kerana walaupun kami sekeluarga diuji dengan kesusahan tetapi mak abah xpenah lupe memberikan didikan sempurna mahupun didikan duniawi dan bekalan akhirat...aku masih ingat ketika kami semua masih kecil mak sendiri yang mengajar kami mengaji pada setiap malam....bkn dia tidak yakin dengan didikan orang luar tp bgnya ajaran daripada ibu bapa sendiri yang lebih bermakna untuk anak2....walaupun rotan sentiasa di tangannya ketika mengajar kami mengaji tetapi cara tue yang membuatkan kami cekal untuk belajar dan lebih menghormati mak & abah....alhamdulillah walaupun kami adik beradik kurang berjaya dalam hidup tetapi ajaran akhirat yang mak abah selalu pesan sentiasa tersemat di dalam hati....mungkin rezeki kami adik beradik dari segi pekerjaan tidak sehebat insan lain, tp didikan dan ilmu yang dicurahkan mak & abah cukup membanggakan kami...

kami semua anak2mu sangat menyayangi mak & abah...Nor Adila (Along), Nening Azita (Kak), Nurul Hezzri Aswadi (Abg), Nurul Ashida (Nyah), Nurul Azura (Yang), Suria Maya (Co), Mohd Noradika (Yeop), Suria Murni (Woh), Nor Erna Farhana (Cik) & Asma Asni Dayu (Adik)....





















Ya ALLAH ampunkanlah dosa kami...jadikanlah kami anak yang taat kepada ibu bapa kami...sesunguhnya engkau maha Pendengar doa

Kepada mak & abah...terima kasih sgt2 sbb melahirkan kami kedunia ini...terima kaseh atas didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada kami adik beradik...menjaga kami tanpa mengenal erti penat....insyallah kami akan menjadi anak yang taat kepada mak abah...jasa dan pengorbanan mak abah kami akan ingat sampai bila2...mak & abah adalah yang terbaik dalam hidup kami....terima kaseh mak abah...syg mak syg abah....

Hargailah ibu bapa kite selagi mereka hidup didunia ini....pengorbanan dan jasa mereka tiada tandingan...
Jagalah mereka sewaktu mereka sudah tidak berdaya kerana semase mereka sihat merekalah insan yang sanggup melayan kerenah anak2 tanpa merungut dan mengeluh...sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah meninggal...doa anak2 adalah bekalan utk ibu bapa di akhirat kelak...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan