Selasa, 29 April 2014

STRAWBERI HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Kek ni aku buat sebab dpt strawberi segar dari cameron from Kak Zura...dia g honeymoon kot...aku bt sbb nak bg dia rase...gpon dia ngandung, takut nanti ngidam xdpt plok...Kak Zura ni bos aku mase aku keje kat cafe Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Suami Kak Zura kwn kepada suami aku....so aku anggap kak Zura macam kakak aku sendiri...dorg suami isteri baik sgt n xkedekut orangnye...sentiasa murah rezeki...selalu tlg aku n suami bile ade masalah terutamnye masalah kewangan...moga ALLAH yg dpt balas jasa baik Kak Zura skeluarga...

Ok ni resepi Hokaido Chiffon Kek...biasenye aku bt perisa vanilla je...tp ni sebab ade strawberi aku pon cube bt perisa strawberi plak...cara same je cume perisa vanilla letak esen vanilla....tp yg pasti kek ni sedap n lembut gebu je...

BAHAN-BAHAN A :-)
3 kuning telur gred A
20 gram gula kastor
35 gm minyak jagung
60 ml susu segar
70 gram tepung kek (boleh guna tepung gandum kalau takde)

BAHAN-BAHAN B :-)
3 putih telur gred A
25 gram gula kastor
Secubit garam 

BAHAN-BAHAN C :-)
65 gram whipping cream
15 gram gula kastor
45 gram puree stoberi segar

Buah stoberi segar untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan bekas untuk cupcake. Ketepikan. Dalam mangkuk bersih, satukan kuning telur dan gula kastor, kacau dengan whisk hingga sebati dan pucat. Masukkan susu segar, minyak jagung, kacau. Ayak tepung ke dalam bancuhan dan gaul hingga rata dan tidak berbintil2. Ketepikan sebentar.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan sederhana, masukkan gula kastor (25 gram) dan secubit garam. Putar hingga kental (soft peak), jangan sampai terlampau kental. Gaul 1/3 putih telur dalam bancuhan kuning telur, gaul dengan kaedah kaup balik, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  3. Tuang dalam bekas cupcake hingga hampir penuh (90%). Kemudian bakar 25 minit, gunakan rak tengah. Biar kek sejuk, dan boleh paipkan dengan whipping cream. Hias dengan stoberi segar. Simpan kek tadi dalam peti sejuk sebelum dihidangkan..
  4. UNTUK WHIPPING CREAM :- Putar whipping cream dengan gula kastor hingga kental. Masukkan puree stoberi dan gaul rata.




Dah siap....sodap...lembut je......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan