Isnin, 5 Mei 2014

PANDUAN DEKORASI RUMAH IDAMAN


Tips susun sofa

Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

Tips dan Panduan Memilih Langsir


Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja
Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.


MENYEJUKKAN RUANG DALAMAN RUMAH

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.

1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan