Isnin, 5 Mei 2014

PANDUAN DEKORASI RUMAH IDAMAN


Tips susun sofa

Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

  1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
  2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
  3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
  4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
  5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
  6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
  7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

Tips dan Panduan Memilih Langsir


Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyerlahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pendinding cahaya matahari tetapi ia menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman.

Berikut adalah beberapa panduan untuk anda memilih langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda:

1. Tentukan anggaran bajet dan belanja
Kain langsir datang dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada kain dan kualitinya. Ada kain langsir yang berharga di bawah RM10 semeter dan ada yang sehingga lebih RM60 semeter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin berbelanja. Apapun, pastikan anda tidak membazir, dan pastikan ia selaras dengan kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM50 semeter dan panjang langsir yang diperlukan adalah 6 meter, mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM300?

2. Buat ukuran, dan tentukan bentuk langsir
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke Kamdar untuk mencari kain langsir, perkara terakhir yang anda mahu terjadi adalah ditimpa kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segiempat tingkap atau pintu gelongsor (sliding door), dan ukur dimensi (panjang x lebar) tingkap tersebut di dalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Mereka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.

3. Padankan corak dan warna langsir dengan kediaman anda
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad, hari ini tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini, banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada yang gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur. Pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.

4. Pilih touch up
Kini juga, langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potongan lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi berjinak jinak dengan seni jahitan langsir, dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir kini boleh didapapati dengan mudah, samaada menerusi buku, e-book dan juga informasi internet yang boleh didapati dengan percuma. Pilih sahaja.

5. Beli perkakas tambahan yang lain
Setelah langsir anda siap dijahit, tugas terakhir yang perlu dilakukan ialah dengan memasang langsir tersebut. Pastikan perkakasan lain, samaada kecil atau besar, telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat perkiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi. Jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah padan dengan jenis palang. Juga, tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50, anda pilih sahaja mana yang sesuai.


MENYEJUKKAN RUANG DALAMAN RUMAH

Adakah anda mendapati ruang dalaman rumah anda berasa panas? Sejak akhir-akhir ini suhu semakin meningkat disebabkan oleh pemanasan global. Kini anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat beberapa teknik yang dapat membantu untuk menyejukkan ruang dalaman rumah anda.

1) Apabila anda ingin menukarkan siling asbestos kepada siling lain, tukarkanlah kepada fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.

2) Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.

3) Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.

4) Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.

5) Anda digalakkan untuk memasang awning. Awning dapat membantu melindungi rumah anda dari cahaya matahari yang terlampau.

6) Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau pon komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda. Selain itu, meningkatkan jumlah tenaga elektrik.









PETUA DI DAPUR

sumber: Ideal Kitchen


 Elak Semut Pada Bekas Gula

Untuk mengelak semut dari masuk bekas gula,sapukan sekeliling minyak masak pada bekas gula. Insyallah masalah semut dlm gula boleh diatasi.



Mesin Pengisar Kembali Tajam


Untuk menajamkan kembali pisau mesin pengisar,kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Insyallah pisau mesin itu akan menjadi tajam.






Hilangkan Bau Cili Pada Mesin Pengisar.


Untuk menghilangkan bau cili dari mesin pengisar,kisar beberapa keping biskut untuk beberapa minit. Bau cili akan diserap oleh biskut.







Kentang Tahan Lama


Kentang akan layu sekiranya terlalu lama disimpan.Untuk mengatasinya, belilah kentang yang segar dan baik. Setelah itu, rendam kentang dalam air panas sebentar. Angkat dan keringkan. Insyallah kentang anda akan tetap segar meskipun telah lama disimpan.



Sedapkan Ayam Goreng

Perapkan ayam bersama kunyit, halia dan beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat. Tambah sedikit garam dan serbuk perasa. Biarkan beberapa minit.Goreng ayam dengan api perlahan sehingga masak dan ranggup. Lagi bertambah menyelerakan jika dihidangkan dengan nasi putih dan sedikit sayur campur.



Kelapa Parut Hilangkan Bau Nasi Hangit

Nasi yang hangit memang tidak enak lagi dimakan tetapi jangan pula cepat dibuang. Ambil sedikit kelapa parut, ikat dalam kain putih yang bersih. Timbuskan ke dalam nasi. Perlahankan api, dengan cara ini nasi boleh dimakan dan ia masak dengan sempurna.




Goreng Hati Ayam.




Sesetengah kita takut untuk menggoreng kerana percikan minyak yang panas terutama sekali apabila menggoreng hati ayam. Untuk mengelakkan ini terjadi, cubalah petua ini. Hati ayam hendaklah dibasuh bersih. Kemudian biarkan berendam dalam air perahan asam jawa seketika. Selepas itu,bilas semula dengan air bersih. Insyallah pasti hati ayam tidak meletup ketika digoreng.




Hilangkan Bau Rebung

Untuk menghilangkan bau rebung yang kurang meyenangkan, cuba petua ini. Mula-mula campurkan kira-kira satu sudu teh kapur sirih ke dalam air. Biarkan beberapa minit. Selepas itu, ambil air jernih untuk mencuci rebung. Insyallah bau rebung hilang dan rasanya enak.




Cara Meyimpan Udang

Sekiranya tidak mempunyai peti ais, tentu menjadi masalah untuk menyimpan bahan-bahan dapur khususnya bahan basah seperti udang. Tapi jangan risau,anda boleh mencuba petua ini. Langkah pertama, cuci udang sehingga bersih dan toskan sehingga airnya kering. Gaulkan udang dengan sedikit gula dan simpankan didalam bekas yang tertutup rapat. Insyallah udang itu akan tetap segar meskipun disimpan sehingga dua hari.


Mengupas Telur

Rebus telur itu dalam jumlah yang banyak. Masukkan kulit kentang dan kulit bawang merah bersama kentang dalam air rebusan. Rebus seperti biasa. Pasti telur itu lebih mudah dikupas.





Bersihkan Kesan Hangus

Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam. Kemudian bolehlah digunakan untuk mencuci periuk seperti biasa. Selamat tinggal kerja-kerja menyental!





SayurKembali Segar

Jika sayur disimpan beberapa hari dalam peti ais,kesegaran sayur itu akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya,rendam sayur ke dalam air yang dicampurkan sedikit cuka selama beberapa minit. Kotoran pada sayur juga dapat dihilangkan.





Membuang Bau Ikan

Sebelum memasak apa-apa jenis ikan,perlulah kita membuang bau hanyir ikan. Caranya ialah dengan memerah limau kasturi dan lumurkan pada badan ikan selama 2 minit. Selepas itu,basuh dengan dengan bersih. Insyallah bau hanyir itu akan hilang.




Hilangkan Lumpur Pada Kerang

Untuk membersihkan satu persatu sememangnya mengambil masa yang lama. Untuk memudahkan kerja-kerja pembuangan lumpur yang melekat ini,caranya ialah dengan memasukkan kerang ke dalam besen yang berisi air dan kemudian ramas kerang tadi dengan menggunakan surat khabar. Ramas dalam masa 5-10minit dan bilas.Insyallah lumpur tadi akan hilang keseluruhannya.


Hilangkan Bau Hanyir Hati Ayam
Bersihkan hati ayam. Letakkan semua hati ayam itu ke dalam satu bekas dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaulkan. Biarkan seketika. Kemudian bersihkan dengan air sehingga tiada kesan tepung tadi. Boleh la digoreng hati tadi atau dimasak apa pun.

PELAN DIET 7 HARI




Pelan Diet 7 Hari 
Hari Pertama:
Buah-buahan: Makan semua buah-buahan yang anda mahu (kecuali pisang ). Hanya makan sup dan buah-buahan untuk hari pertama. Minuma teh tanpa gula, jus kranberi dan air.
Hari Kedua:
Sayur-sayuran : Makan semua sayur-sayuran segar , mentah atau dimasak mengikut pilihan anda. Cuba makan sayur-sayuran berdaun hijau dan menjauhkan diri dari kacang dan jagung. Makan semua sayur-sayuran anda mahu bersama-sama dengan sup anda. Untuk makan malam, anda boleh ambil kentang bakar yang besar dengan mentega. Jangan makan buah-buahan pada hari ini.
Hari Ketiga:
Campuran Hari Pertama Dan Kedua : Makan sup , buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda mahu. Tidak boleh mengambil kentang panggang .

Hari Keempat:
Pisang dan Susu Skim : Makan sebanyak lapan biji pisang dan minum seberapa banyak susu tanpa lemak yang anda ingin pada hari ini, bersama-sama dengan sup anda. Ini untuk mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.
Hari Kelima:
Daging Dan Tomato : Makan sehingga 200-250gram daging dan 6 biji tomato segar.  Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air hari ini untuk mencuci asid urik dari badan anda. Makan sup sekurang-kurangnya sekali hari ini. Anda boleh makan ayam panggang / stim jika tidak mahu mengambil makanan dari daging lembu ( tetapi elakkan makan kulit ayam). Jika anda mahu, anda boleh menggantikan menu anda kepada ikan panggang.
Hari Keenam:
Daging dan sayur-sayuran : Makan sebanyak mana daging lembu dan sayur-sayuran hari ini. Anda juga boleh makan sehingga 3 keping stik daging pada hari ini dan juga sayuran berdaun hijau. Makan sup anda sekurang-kurangnya sekali.
Hari Ketujuh:
Makan nasi dari beras perang, jus buah-buahan tanpa gula dan sayur-sayuranPastikan anda makan sup sekurang-kurangnya sekali hari ini.


Jumaat, 2 Mei 2014

Teratak Bonda & Ayahanda

Lame rasenye xblik kg...rindu mak abah, adik, rumah n semua kat kg....padahal rasenye baru sebulan je xblik...hihi...maklumla bile jumpe family sendiri duk sebulan pon rase baru duk sehari je....tmbah plak duk kg menyenangkan n mendamaikan daripada semua kesibukan kota....lau blik raya...huh masyallah betapa indahnye...kat kg aku ade dua rumah...1 rumah yang dh lame ktorg duduk sejak dr kecik...n 1 lg rumah yang mak abah beli lebih kurg beberapa tahun yang lepas...rumah ni sebenonye rumah kg yang biase 2 je tp yang best skrg dh jd mcm istana kuning kat kuale 2...mcm muzium...kami adik beradik, mak abah dh cat cntik2 n ubahsuai sane sikit sini sikit....so jd la mcm istana...wawawa perasan lebih...tp mmg cntik...waktu 1st tuan rumah yang sebelum nie tgok mase dia blik kg trus mintak mak abah jual blik pd dia wpon harga tinggi....tp sebab abah syg sgt rumah ni sbb dia bt hasil titik peluh dia, walau mahal cmne pon dia xkan jual...bangga sgt dengan mak abah dgn ketekunan n kesabaran nak siapkan rumah ni...syg abah tau...best sgt kenangan mase kami adik brdik gotong royong tlg mak abah siapkan rumah ni....ade masenye bile kami semua ade blik kg same2, kitorg akan bt makan2 kat umah ni...best giler...mcm ala2 berkelah...tmbh plak umah ni btul2 dekat ngn sg perak...so angin bayu membawa rinduku...mklum la sg kan ade angin2 gitu...huh mmg best...

ok la korg tgok la gmbo2 rumah nie n nilaikan sendiri k...lau korg dh pegi lg best...seakan homestay..sori la gmbar asal umah nie xambik gmbo la...mklum la kaum kerabat tok sadi & poh kiyoh semua dh excited dengan parang tukul paku nk ubahsuai umah ni, so xde sape pgg kamera...tp lau korg tgok umah yg dh ubah suai ni mmg xde lgsung mcm umah asal...hihi..tp ni semua gmbo yang ade dlm koleksi mase umah ni dh hampir siap diubahsuai....yg sekarang ade perubahan lg...bhgn bwh dh tambah dengan 2 bilik...kat luar ade pondok kecil tuk berehat seisi keluarga smbil menghirup angin segar...ade jgk tmbah bilik ayo kat luar umah tue...senang lau kenduri kendara...xpyh la org2 tua yang sakit2 lutut nk memanjat tangga tuk buang ayo...mak abah dlu kan lahir dgn ade bilik ayo luar umah, so konsep tue smpai sekarang dh ade 18 org cucu pon nk cube jgk bt bilik ayo kat luo...mak aboh kite ikutkan jele..jgn durhaka ok...no no no...


















haaaaa....dh tgok kan...cmne??cntik x?...sape2 yg ade nk bkunjung ke kuale kangsor peghok nk menikmati umah2 kg cmni bleh le lau nk menumpang umah kami ni...silakan...ok bye...

Santapan Minda...Jumaat Penuh Barakah




Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....salam jumaat semua...

Arini 02 Mei 2014...hari Jumaat penuh keberkatan...semalam cuti ari pekerja so arini rase mls melanda diri tuk g keje...awal bulan Rejab 1435 juga adalah bersamaan dengan 1 Mei 2014..Bulan Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar takwim Hijrah dan juga antara bulan yang suci serta amalan kite ditutup diserahkan kepada ALLAH s.w.t dan digantikan yang baru.



Pagi yang penuh keberkatan ni kite mulakan dengan sedikit santapan minda tuk renungan kite bersama....Semoga di hari yang Mulia ni kite diberi keberkatan dan keampunan ALLAH s.w.t...amin...

15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

.
Setiap hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Di antara 7 hari yang ada dalam setiap minggu itu juga, kaum Yahudi berbangga dengan hari Sabtunya dan penganut Kristian pula meraikan hari Ahadnya, maka Umat Islam sudah tentu memiliki hari kebesarannya tersendiri dan amat menghargai dengan Kemuliaan Hari Jumaat sebagai‘Penghulu Segala Hari’..
Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.


“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
Sebagaimana Allah SWT telah menjadikan kota Makkah dan Madinah sebagai kota Suci; menjadikan Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa sebagai masjid yang paling utama; menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan paling mulia di antara bulan-bulan lainnya, menjadikan malam Lailatul Qadar sebagai malam Seribu bulan; menjadikan sepertiga malam sebagai waktu paling berkesan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq; begitu juga hari Jumaat, Allah SWT telah menjadikan Hari Jumaat sebagai‘Sayyidul Ayyam’ atau penghulu segala hari (hari paling utama). Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jumaat.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat, pada hari itu Adam Alaihissallam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga kiamat akan terjadi pada hari tersebut terdapat suatu waktu di mana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintaannya.” (HR. Muslim)

Keutamaan Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum Muslimin. Hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya.

1.  Hari Paling Mulia

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama dan merupakan penghulu segala hari. Terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat ini, di antaranya:
  • Allah SWT ciptakan Adam Alaihissallam
  • Nabi Adam alaihissallam dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam alaihissallam diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkannya Nabi Adam Alaihissallam.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Abu Hurairah Radhiyalahu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة

“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jumaat; pada hari inilah Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari inilah juga Baginda dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu ‘anhu pula menyatakan:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ …….

“Sesungguhnya seutama-utama hari kamu adalah hari Jumaat; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini juga ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini juga hari kebangkitan.”

2.  Hari Bagi Kaum Muslimin


Hari Jumaat adalah hari berkumpulnya Umat Muhammad صلى الله عليه وسلم dalam masjid-masjid mereka yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.

Dari Kuzhaifah dan Rabii bin Harrasy Radhiyallahu Anhuma bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata, “Allah menyesatkan orang-orang sebelum kami pada hari Jumaat, Yahudi pada hari Sabtu, dan Nasrani pada hari Ahad, kemudian Allah mendatangkan kami dan ember petunjuk pada hari Jumaat, mereka umat sebelum kami akan menjadi pengikut pada hari kiamat, kami adalah yang terakhir dari penghuni dunia ini dan yang pertama pada hari kiamat yang akan dihakimi sebelum umat yang lain.” (HR. Muslim dan Ibnu Majah)

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”

Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ‌ اللَّـهِ وَذَرُ‌وا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ‌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٩

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

3.  Penghulu Segala Hari


Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (sebaik-baik hari).”

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullahصلى الله عليه وسلمberkata, “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

4.  Hari Kebesaran Mingguan


Dalam 7 hari yang ada, hari Jumaat adalah ‘Hari Besar’ yang berulang setiap minggu.
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Hari ini adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri soalat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.” (HR. Ibnu Majah)

5.  Hari Perhimpunan Bagi Solat Jumaat


Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah  صلى الله عليه وسلمbersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu; Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas; Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan Sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

6.  Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi


Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan terdapat mereka tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjiddan mendirikan Solat Jumaat.
Apabila telah sempurna dan selesai Solat Jumaat, mereka kembali ke araysh untuk menyembahkan hasil catatannya kepada Allah SWT dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah SWT berfirman: “Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

7.  Hari Mustajab Berdoa


Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
a.     Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
b.     Pada akhir waktu Asar.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: “Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis  yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar, dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi.”  (Zadul Ma’ad Jilid I/389-390).

8.  Hari Dihapuskan Dosa


Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, berminyak dengan minyak, atau memakaikan minyak wangi dari rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang (yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia hendak mendirikan solat yang sesuai dengan tuntutannya, lalu diam mendengarkan (dengan seksama) ketika imam berkhutbah melainkan akan diampuni (Dosa dosanya yang terjadi) antara Jumaat tersebut dan Jumaat berikutnya.” (HR. Bukhari)
Salman Al Farisi berkata lagi, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

9.  Hari Lebih Utama Bersedekah


Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .
Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)

10.  Hari Meraih Pahala


Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).

11.  Hari Hidayah Daripada Allah SWT


Hari Jumaat merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah SWT berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya.
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

“Kita adalah umat yang terakhir muncul tapi paling awal tiba pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut hari Jumaat). Maka hari (Jumaat) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani.” (HR Muslim r.a.)

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu ‘anhu dengan lafaz;

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.


“Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)

12.  Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda ‘Husnul Khatimah’


Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

13.  Hari Terselamat Dari Seksa Kubur


Orang yang meninggal pada Hari Jumaat, InsyaAllah akan selamat dari fitnah (bencana/seksa) kubur.
Daripada Abdullah bin Amr, sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  SWT daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat Tarmizi)

14.  Hari Berlakunya Qiamat


Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya ‘Qiamat’ (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم ada menyebut bahawa: “Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)
Dalam hadis lain, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.: “Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat.” (Hadis Riwayat  Ibnu Majah dan  Al-Baihaqi)

15.  Hari Dapat Melihat Allah SWT Di Syurga


Hari tatkala Allah SWT menampakkan diri kepada hamba-Nya yang beriman di syurga.
Firman Allah SWT;
وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿٣٥
“Dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).”
(Surah Al-Jumuaah 50; Ayat 35)
Seorang sahabat, Anas bin Malik dalam mengulas ayat 35 di atas : “‘Dan Kami memiliki pertambahannya’; Beliau mengatakan; Allah SWT menampakkan diri kepada mereka setiap Hari Jumaat.”

Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih Berhikmah, lebih Berjaya Dan Lebih Cemerlang di dunia & akhirat. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memilih kita di kalangan golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah SWT.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)